Kisah Rasulullah SAW Melarang Sahabat Ra yang berdiri untuk menghormati SAW




KISAH RASULULLAH SAW MELARANG SAHABAT RA YANG BERDIRI UNTUK MENGHORMATI NABI MUHAMMAD SAW

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid:

Pada suatu hari di masjid nabawi, Rasulullah masuk ke dalam masjid, yang sudah dipenuhi dengan para sahabat yang menantinya sambil berdiri semuanya, lalu Baginda dengan tawadha' berkata: "Duduklah kamu semua".

semua para sahabat duduk taat pada perintah Rasulullah, kecuali seorang sahabat yang bernama Hasan ibnu Sabit, yang merupakan sahabat, dan juga seorang penyair.

Beliau ra sering membantu perjuangan Rasulullah dengan syair-syair nya. Baginda pernah minta beliau mengeluarkan beberapa syair untuk memburukkan aqidah kufur orang-orang kafir quraisy. 

Rasulullah pernah berkata padanya, "Bacakanlah syair, dan akan bersama kamu Ruhul Qudus (Jibril) selagi mana kamu memuji Allah dan RasulNya" (Hadis Bukhori dan Tirmizi). Beliau membantu perjuangan Rasulullah, membela agama rasul bukan dengan pedang, tetapi dengan untaian syair.
Kemudian Hasan ibnu Sabit masih tidak mau duduk, tetapi ia tetap berdiri.

Berkata Rasulullah " 'malaka ya hasan', kenapa kau masih berdiri?", berkata Hasan," izinkan ku ya Rasulullah untukku ucapkan beberapa syair yang berada dalam fikiran ku", maka dizinkan. Kemudian Hasan bersyair,

قيامي علي عزيزي فرض ، وترك الفرض ما هو مستقيم
عجبت لمن له عقل و فهم ، يرى ما جمل فلا يقوم

"Berdirinya aku untuk menghormati orang yang mulia itu satu kewajiban. Meninggalkan perkara yang wajib itu bukanlah satu perbuatan yang baik. Aku merasa hairan lagi taajub pada seseorang yang mempunyai aqal dan pemahaman. Yang melihat indahnya wajah Rasulullah tetapi mereka tidak berdiri menyambut kamu."

Wallahu a'lam Bishowab

Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammad wa'ala alihi washobihi wasalim

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama