TANGISAN RASULULLAH SAW DISISI MAQAM IBUNDA TERCINTA


TANGISAN RASULULLAH SAW DISISI MAQAM IBUNDA TERCINTA

Maulana Thariq Jamil Menceritakan Kisah Baginda Salallahu Alaihi Wasallam Ziarah Ke Maqam Ibunya Siti Aminah Radiyallahu Anha

Haji Terakhir Nabi Salallahu Alaihi Wasallan, Baginda Singgah Ke Abwa Dimana Terletaknya Makam Ibu Baginda Salallahu Alaihi Wasallam, Siti Aminah. Kira-Kira 60-70 Ribu Sahabah Bersama-Sama Baginda Salallahu Alaihi Wasallam.

Apabila Beliau Hampir Sampai Ke Sana, Baginda Mengalihkan Hala Tuju Untanya Ke Arah Makam Ibunya Dan Turun Dari Untanya Dan Duduk Sebegini (Gambar). Seperti Seorang Kanak-Kanak Yang Menangis. Bila Anak Kecil Menangis Lazimnya Mereka Akan Duduk Sebegini. 

Air Mata Mula Mengalir Dari Mata Baginda Yang Mubarak Dan Membasahi Janggut Baginda Salallahu Alaihi Wasallam Yang Mubarak.Baginda Salallahu Alaihi Wasallam Berkata Pada Sahabat Yang Lain 

 "Aku Akan Bermalam Di Sini, Di Sisi Makam Ibuku Pada Malam Ini". 
Walaupun Jemaah Sahabat Telah Sediakan Khemah Yang Khusus Untuk Baginda Berehat Pada Malam Itu 

Maulana Thariq Jamil Berkata, Aku Tidak Pernah Menangis Berkali-Kali Menceritakan Sesuatu Kisah, Melainkan Kisah Baginda Salallahu Alaihi Wasallam Menziarahi Maqam Ibunya Siti Aminah Radiyallahu Anha, Pasti Aku Akan Menangis Lagi Dan Lagi.

Saat menjelang wafatnya, Aminah berkata:
 “Setiap yang hidup pasti mati, dan setiap yang baru pasti usang. Setiap orang yang tua akan binasa. Aku pun akan wafat tapi sebutanku akan kekal. Aku telah meninggalkan kebaikan dan melahirkan seorang bayi yang suci.”

Diriwayatkan oleh Aisyah (ra) dengan katanya:

“Rasulullah SAW memimpin kami dalam melaksanakan haji wada’. Kemudian baginda mendekat kubur ibunya sambil menangis sedih. Maka aku pun ikut menangis karena tangisnya.”

Betapa harumnya nama Sayyidah Aminah, dan betapa kekal namanya nan abadi. Seorang ibu yang luhur dan agung, sebagai ibu Baginda Muhammad SAW manusia paling utama di dunia, paling sempurna di antara para Nabi, dan sebagai Rasul yang mulia. Bunda Aminah binti Wahab adalah ibu kandung Rasul yang mulia. Semoga Allah memberkahinya.

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim 

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama