KELEBIHAN TASBIH TAHMID DAN TAKBIR 33 KALI SELESAI SHALAT FARDHU
Di antara amalan sunnah yang boleh dilakukan setelah selesai solat fardhu adalah dengan bertasbih, bertahmid, dan bertakbir. Yang dimaksud dengan bertasbih adalah mengucapkan “subhanallah (سبحان الله)”, dan bertahmid adalah mengucapkan “alhamdulillah (الحمد لله)”, sedangkan bertakbir mengucapkan “Allahu-akbar (الله أكبر)”.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
“Barang siapa yang bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali, dan bertakbir sebanyak 33 kali setelah melaksanakan solat fardhu sehingga berjumlah 99, kemudian menggenapkannya untuk yang keseratus dengan ucapan laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku walalhul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai-in qodiir, maka kesalahannya akan diampuni meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR. Muslim no. 597).
Seandainya kita dalam keadaan sibuk, ingin segera bangun untuk urusan yang tidak dapat dielakkan, berzikirlah juga walau dengan 10 atau 11 kali sesuai dengan hadith riwayat Imam al-Bukhari. Rasulullah s.a.w bersabda,
أَفَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَمْرٍ تُدْرِكُونَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ وَتَسْبِقُونَ مَنْ جَاءَ بَعْدَكُمْ وَلَا يَأْتِي أَحَدٌ بِمِثْلِ مَا جِئْتُمْ بِهِ إِلَّا مَنْ جَاءَ بِمِثْلِهِ تُسَبِّحُونَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ عَشْرًا وَتَحْمَدُونَ عَشْرًا وَتُكَبِّرُونَ عَشْرًا“
Mahukah kamu aku ajarkan sesuatu yang dapat membuat kamu mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan yang dapat membuat kamu mendahului orang-orang yang sesudah kamu, serta tidak ada seorang pun yang lebih utama kecuali dia melakukan seperti yang kamu lakukan? Iaitu kamu bertasbih sebanyak 10 kali, bertahmid sebanyak 10 kali dan bertakbir sebanyak 10 kali.”
Dan terdapat riwayat dari Imam Muslim yang bersangkut dengan satu hadith yang menceritakan kelebihan tasbih tahmid dan takbir dari periwayatnya yang bernama Suhail.
وزاد في الحديث يقول سهيل إحدى عشرة إحدى عشرة فجميع ذلك كله ثلاثة وثلاثون
“Terdapat tambahan pada hadis tersebut, dimana Suhail berkata: masing-masing (tasbih, tahmid, dan takbir) berjumlah sebelas kali, sehingga jumlah keseluruhannya menjadi 33 kali.” (Muslim - 595).
Sumber : Hj Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi Kuliah Dhuha PAKSI Parit Nibong Bandar Bahru
Indahnya Hidup Bersyariat Bab Zikir selepas solat 19 Oktober 2018
Wallahu a'lam Bishowab
Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim