Saturday, March 30, 2019

Keutamaan Bershalawat Di hari Jum'at Menurut Syekh Abdul Qadir Al-Jailani

Rate this posting:
{[['']]}


KEUTAMAAN BERSHALAWAT DI HARI JUM'AT MENURUT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam As-Safinah Al-Qadiriyyah menyebutkan, bahawa Imam Al-Qasthalani pernah mengatakan, “Ketahuilah, tidak mungkin mampu mencontoh perbuatan dan akhlak Nabi صلى الله عليه وسلم kecuali dengan usaha keras, tidak mungkin mahu berusaha dengan keras kecuali sangat cinta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, dan tidak mungkin cinta mati kepada Nabi صلى الله عليه وسلم kecuali dengan cara memperbanyak bacaan selawat. Sebab, barangsiapa yang suka pada sesuatu, maka dia akan banyak menyebut-nyebutnya.

Kerana itu, bagi seorang salik mesti memulai jalan kerohaniannya dengan memperbanyak bacaan selawat atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Mengingat bacaan selawat menyimpan keajaiban-keajaiban luar biasa dalam rangka pembersihan jiwa dan penerangan batin, di samping masih banyak lagi rahsia-rahsia dan faedah-faedah yang tidak mungkin dihitung oleh angka dan bilangan.

Seorang si salik perlu memiliki hati ikhlas semata-mata mengharap redha Allah ketika membaca selawat atas Nabi صلى الله عليه وسلم, sehingga dia mampu memetik buah selawat dan barakah-Nya yang bertebaran.

Selawat di sepanjang perjalanan mencari Tuhan bagaikan lampu penerang yang dapat menjadi hidayah yang amat diperlukan.

Barangsiapa yang menghiasi hatinya dengan lampu selawat, maka dia akan mampu melihat segala hakikat tauhid berkat cahaya terang selawat tersebut."

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim
  
Comments
0 Comments

0 komentar:

Post a Comment