Kisah Tuan Rumah Yang Salah Menuangkan Air Ke Tangan Habib Umar Bin Hafidz


SALAH MENUANGKAN AIR

Al-Habib Umar bin Hafizh menerima undangan seseorang untuk bertandang ke rumahnya.

Seorang menjemput Habib Umar ke rumah dengan perasaan ragu akan diterima Habib Umar kerana beliau terlalu sibuk, tetapi ternyata tanpa disangka Habib Umar menerima undangan orang itu.

Beliau membawa Habib Umar ke rumahnya dihidangkan makanan diberikan layanan dan diberikan segalanya sebagaimana memuliakan tamu.

Setelah Habib Umar selesai makan lelaki tadi mengambil air untuk membasuh tangan Habib Umar, Habib Umar memandang lelaki tadi dengan penuh sopan dan senyuman.

Setelah selesai menuangkan air basuhan tangan kepada Habib Umar, baru beliau sadar yang tadi disiramnya adalah air panas ke tangan Habib Umar karena terlampau senang sehingga beliau tidak sengaja terambil air yang panas yang berada di sebelah teko air basuhan tangan. Namun, ketika ia bertanya kepada Habib Umar mengapa beliau tidak mengaduhkan atau pun menarik tangannya.

Habibuna Umar menjawab; "Jika aku menarik tanganku, atau mengaduhkan sakit ditanganku pasti si pemilik rumah akan merasa bersalah dan hatinya terluka disebabkan dengan kehadiranku ke rumahnya."

ما شاء الله تبارك الله

Copas dari FP Majelis Adl Dliyaaul laami' Jombang

Wallahu a'lam Bishowab

Allahumma sholli 'ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi washohbihi wasalim


Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama