Kisah Cinta Syeikha Sultanah


KISAH CINTA SYEIKHA SULTANAH

Ada orang menggelarkan Syeikha Sultanah sebagai Rabiatul Adawiyah Tarim. Setelah mendengar Ustazah Nor Alina al-Munawwar bercerita tentang beliau, ana tidak faham mengapa manusia selalu merumitkan keadaan dalam soal cinta. 

Syeikha Sultanah adalah salah seorang ahli qutwah, iaitu yang mampu berpindah-pindah. Karomah ini berlaku dan diketahui oleh ayah beliau kerana pada suatu hari ayah beliau telah mengekorinya pada waktu malam lalu beliau hilang. Pada pagi keesokan harinya apabila ditanya, Syeikha menjawab dia pergi ke masjidil haram.

Syeikha Sultanah hidup sezaman dengan Habib Abdurrahman as-Saqqaf al-Muqaddam Muthanni, seorang yang dikatakan amat faqih di bawah maqam al-Faqih al-Muqaddam.

Suatu hari Habib Abdurrahman as-Saggaf mendapat ilham bahawa maqam Sheikha Sultanah adalah lebih tinggi daripadanya. Maka ditambahkan ibadahnya. Namun dia masih merasakan bahawa maqam Sheikha Sultanah di atasnya.

Inilah yang disebut ustazah: seorang perempuan yang berjalan di jalan Allah, bersungguh-sungguh, maka maqamnya boleh mencapai lebih daripada orang lelaki. Orang selalu berkata di sebalik seorang lelaki yang berjaya ada perempuan, namun tiada yang kata di sebalik kejayaan seorang perempuan ada lelaki. 

Jadi, apa yang Habib Abdurrahman as-Saqqaf buat adalah dia mahu menikahi Syeikha Sultanah. Sebelum Habib Abdurrahamn as-Seggaf datang ke rumah, Syeikha Sultanah sudah mengetahui lalu menyembelih seekor anak kambing.

Pada hari itu bertolak Habib Abdurrahman as-Seggaf daripada kota Tarim ke Zabid. Setiba beliau di rumah Syeikha Sultanah, Syeikha menyambutnya lalu berkata:

Aku tahu tujuanmu tapi tidak mampu kupenuhi

Ada yang berkata akhirnya mereka menikah tetapi berjanji untuk berkumpul di syurga. Ada juga yang berkata mereka tidak menikah dan hanya berjanji untuk nikah di syurga.

Dikatakan juga di Masjid as-Seggaf ada dibaca hadrah, salah satu daripada tiga syair yang dibaca adalah daripada Syeikha Sultanah. Setiap kali syair Sheikha Sultanah dibaca, terbuka sebuah tingkap di Masjid as-Seggaf, seakan-akan Syeikha Sultanah turut hadir mendengar syairnya dibaca.

wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim
  

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama