Thursday, May 9, 2019

Sungguh Merugi Orang Yang Mengabaikan Peluang Di Bulan Ramadhan

Rate this posting:
{[['']]}

SUNGGUH MERUGI ORANG MENGABAIKAN PELUANG DI BULAN RAMADHAN

Ramadhan Yang Bermakna; "Alangkah ruginya seseorang yang bilamana Allah, memberikan peluang untuk berada di bulan Ramadhan lalu dia mengabaikan peluang yang diberikan itu untuk tidak beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى. Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda; "Akan datang nanti kepada Allah dua perkara iaitu Puasa dan Al-Quran."

"Puasa akan datang kepada Allah dan berkata; "Ya Allah. Saya cegah orang ini daripada makan dan minum kerana Engkau, maka izinkan saya memberikan syafaat pada orang ini. Al-Quran pun juga akan berkata kepada Allah "Ya Allah. Saya halang orang ini tidur malam baca kepada saya maka izinkan saya memberikan syafaat kepada orang ini."

"Maka kedua-dua ibadah ini diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang melakukannya. Maka di ambil pemahaman oleh Al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى ketika mensyarahkan tentang masalah orang yang membiasakan diri membaca Al-Quran khususnya di waktu malam hari. Al-Quran itu digalakkan untuk dibaca di malam hari sebab Al-Quran itu bercakap "Saya halang orang ini untuk tidur."

"Waktu tidur itu adalah di waktu malam maka memang fadhilat membaca Al-Quran itu bila-bila masa sahaja untuk dibaca tetapi Al-Quran meletakkan keadaan yang tertentu menyatakan; "Saya halang orang ini untuk tidur malam untuk membaca kepada saya."

"Maka anjuran dan galakan untuk membaca Al-Quran khususnya di waktu malam, kerana waktu malam itu adalah waktu orang ramai sedang tidur. Waktu malam adalah waktu yang sukar, untuk seseorang itu bangun malam. Moga-moga ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Moga-moga ramadhan kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim
   
Comments
0 Comments

0 komentar:

Post a Comment