Terobsesi Dengan Niqab Bukan Karena Syariat ?

TEROBSESI DENGAN NIQAB BUKAN KARENA SYARIAT ?

RUMAH-MUSLLIMIN.COM - Pernah dengar tak ayat ni, bermaksud terlalu menyukai niqab (cadar) sehingga menggayakan pelbagai cara dan tidak lurus mengikut tertib niqab.

Tak salah nak obses pada niqab, tetapi jangan lah sehingga berlebihan dan boleh mendatangkan fitnah. Kita wanita adalah fitnah dunia namun sebaik baik wanita adalah wanita solehah. Apa yang dimaksudkan wanita solehah bukan lah yang memakai niqab atau tudung labuh labuh, bukan juga yang bergelar ustazah ada pangkat hafizah atau 'alimah atau pun asatizah, tetapi wanita solehah yang dimaksudkan adalah;

1) Menjaga diri dan keterampilan

2) Menutup aurat dengan sempurna

3) Bertaqwa kepada Allah s.w.t

4) Punya rasa malu yang tinggi seperti sahabiah ummul mukminin zaman Nabi s.a.w

5) Bersifat sederhana dalam apa jua perkara walaupun dalam berpakaian tetap memilih untuk bersederhana

6) Sentiasa memperbaiki akhlak supaya disenangi diri dan memberi manfaat kepada ummah 

$ads={1}

Berbalik kepada topik obses, arti kata lain taksub. Itu sangat bahaya jika tak dikawal oleh diri sendiri dengan mencegah supaya tak mengikut ngikut, tidak bergaya dalam berniqab dan terkadang terlihat di media social sekarang batasan dalam berniqab sudah melampau dan tidak lagi merasakan kesalahan itu sebenarnya sedang dinilai Allah. Kenapa niqab, kenapa tak tudung kenapa tak handsock?

Jawapan nya ialah bila sudah berniqab automatik akan tahu bahawa kewajipan menutup aurat itu sangat perlu dita'ati dan wajib bagi setiap muslimah wanita. Jadi bila sudah berniqab aurat adalah perkara utama sebelum niqab. Kerana itu, memakai niqab itu asli sebelum nya perlu perbaiki cara kita menutup aurat, cara kita berpakaian, cara kita melabuhkan tudung, cek semua sarung tangan sebelum keluar rumah, ketika punya tetamu di rumah, socks kaki sebelum keluar rumah dan ketika tetamu dirumah, baju yang longgar tidak menampakkan susuk tubuh, jika baju muslimah pastikan melepasi lutut dan jika jubah atau abaya pastikan tidak sampai meleret jalan. Ada banyak part dalam aurat yang kita perlu teliti dan belajar setiap hari supaya kita dapat baiki dan perbaharui.

$ads={2}

Baca Juga :

Pengertian, Sejarah Sistem Khilafah Minhajin Nubuwwah di dalam Islam

Niqab dan tudung beza, kerana itu sebelum memakai niqab, baiki hal aurat, baiki diri, dapatkan ilmu sepenuh nya tentang niqab, belajar tertib dalam berniqab

Demikian artikel mengenai " Terobsesi Dengan Niqab (Cadar) Bukan Karena Syariat ? "

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholli 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim

- Media Dakwah Ahlusunnah Wal Jama'ah -

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama